Sunday 7 August 2011

Pengucapan Awam

PENGENALAN

Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap
pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam
bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja
menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan,
penampilan dan tingkahlaku serta etika.


Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan

Perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran
dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan
kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam
mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin
disampaikan oleh pengucap.             



DEFINISI  UCAPAN

Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi
secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu yang hendak disampaikan telah dilakukan.
Menurut Abdul Mua'ti Ahmad, (1994) menyatakan bahawa pengucapan umum
mengggunakan anggota verbal dan bukan verbal. Manakala menurut Rahimah Yeop
(2001) , pengucapan awam ialah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang
pengucap dan sekumpulan pendengadengan bertujuan untuk memindahkan dan
menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke empat, ucapan ialah apa
yang diucapkan, perkataan(kata-kata) yang diucapkan; cara menyebut sesuatu
kata,lafaz,sebutan;kata.-kata yang mengandungi harapan supaya selamat.
Selain itu, menurut Maimunah Haji Omar (1993), ucapan merupakan sebahagian
daripada perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Disamping itu, ucapan dapat
diertikan sebagai apa - apa yang diucapkan atau cara menyebut atau cara melafazkan
sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui
pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Lazimnya, ucapan akan disampaikan
dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan
majlis rasmi.


Contoh teks pengucapan awam


No comments:

Post a Comment